Umar Al-Khattab r.a


Saidina adalah tokoh besar dalam sejarah Islam khususnya dan sejarah
manusia umumnya. Beliau senantiasa menjadi bahan kajian dan kekaguman
ahli-ahli sejarah barat mahupun orang-orang Islam sendiri memandakan
keunggulan Islam di zaman pemerintahannya.

Saidina Umar r.a merupakan pahlawan Islam yang sukar dicari tanding tentang
keberanian dan keperkasaanya. Sebelum Islam, beliau adalah tokoh musyrikin
Quraisy yang paling keras sekali tentangannya selain daripada Abu Jahal
terhadap Islam. Beliau penah menyiksa hambanya, Lubainah yang memeluk Islam.
Tetapi selepas keIslamnya, beliau telah menjadi pembela Islam dan pembela
Rasulullah s.a.w yang paling terkemuka. KeIslamannya begitu mengembirakan
Rasulullah s.a.w kerana beliau penan ber doa supaya salah seorang samada Abu
Jahal atau Umar menjadi pembantunya dalam menegakan syiar Islam dan doanya
itu telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Sebelum keIslamanya juga, Umar r.a terkenal sebagai tokoh yang memiliki
keutanaan sebagai orator, ahli sejarah, ahli syair dan seorang yang paling
berani melahirkan pendapat serta sikapnya yang suka terus-terang.
Keberanianya terserlah bila beliau telah pergi ke setiap perkumpulan
orang-orang Musrikin Quraisy yang pernah dihadiri olehnya dan menzahirkan
keIslamanya. Malah orang-orang Islam yang berada di tempat di mana Umar
telah mengucap dua Kalimah Syahadah bertakbir dengan kuatnya dan ini dapat
digengari hingga ke Masjidil Haram( yang agak jauh dari tempat itu).

Di hari yang sama sebelum beliau memeluk Islam, beliau telah berikrar untuk
membunuh Rasulullah s.a.w. Tetapi bila mengetahui bahawa adik perempuanya
dan iparnya juga telah memerluk Islam beliau telah pergi kerumah mereka..
Sesampainya di sana dia terdegar adiknya sedang membaca Al-Quran yang mulia
itu. Beliau terpegun dengan isi kandungan Al-Quran. Beliau terus masuk dan
telah memukul keduanya. Namun lahir rasa kasihan di dalam hatinya memikirkan
tindakanya yang keterlaluan itu. Hatinya dibuka oleh Allah S.W.T untuk
mengenal Islam lantas beliau meminta dari adiknya untuk membaca ayat-ayat
dari Al-Quran itu. Selepas dia mandi, dia dibenarkan memeganga Al-Quran yang
mulia itu. Beliau terpegun dengan isi kandung Al-Quran yang begitu Harmonis
dan tinggi mutu bahasanya itu tatkala membaca suarah Taha hingga ayat ke
sebelas. Beliau terus mangajak adiknya agar menunjukkan dimana Nabi s.a.w
berada.

Selepas menganut agama Islam belai telah bertanya pada Rasulullah s.a.w, "
Ya, rasulullah, tidakkah kita berada di pihak yang benar ?. Rasulullah s.a.w
menjawab " Ya". "Kalau begitu, mengapa kita bersembuyi lagi?". lalu mereka
pun berjalan beramai-ramai menuju ke masjidil Haram di dalam du a saf yang
diketuai oleh Saidina Umar dan Syaidina Hamzah yang memeluk Islam lebih
awal.

Walaupun Saidina Umar dikenali sebagai seorang yang keras,(hingga hampir ada
segelintir muslimin yang tidak setuju dengan pelantikannya sebagai Khalifah
kerana perwatakannya itu) namun hatinya begitu lembut dan hatinya bagai satu
bekas yang kosong senantiasa menadah curahan iman yang tumpah keatasnya.
penah satu hari beliau menangis kerana kasiahan melihat seorang rahib
Nasrani yang bersusah payah menyebarkan agamanya itu bila dia teringat
firman Allah S.W.T

" berkerja keras lagi berpenat-lelah, mereka tetap menderita bakaran api
neraka yang sagat panas " Al-Ghasyiyah :3-4.

Saidina Umar sendiri pernah berkata " Demi Allah ! Sesungguhnay hatiku
menjadi lembut, lebih lembut daripada buih semata- mata kerana Allah dan
menjadi keras hatinya semata-mata kerana Allah sehingga keras daripada
batu". Dalam satu riwayat lain, diberitahu yang Umar r.a pernah berkata "
segala puji bagi Allah yang telah memenuhkan hatiku dengan kasih sayang
terhadap mereka (orang Islam ) dan memenuhkan hati mereka dengan gerun
kepadaku" .

Saidina Umar pernah berkata kepada Umair bin Wahab, " Inilah anjing musuh
Allah : dia mesti datang dengan tujuan jahat". semasa Umair datang bertemu
Rasulullah dengan niat kurang baik sebelum dia memeluk Islam. Namun setelah
Umair memeluk Islam Umar r.a telah berkata yang Umair lebih disuakainya
daripada beberapa orang anaknya sendiri.

Semasa hendak berhijrah, Saidina Umar telah berkata dengan beraninya kepada
orang-orang Musyrikin Quraisy " Sesiapa yang mahu ibunya kehilangan anak,
meyatimkan anaknya atau menjandakan isterinya , silalah berjumpaku di lembah
ini ". Kemudian beliau telah berhijrah dengan diikuti oleh dua puluh orang
lagi.

Saidina Umar r.a telah menerima gelaran Al-Faruq oleh Rasulullah s.a.w yang
bermaksud " yang dapat membezakan yang baik dan yang buruk ". Ia memang
bertepatan sekali dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya
sehinggakan apa yang diijtihadkannya selalu benar dan mendapat pengakuan
dari Al-Quran sendiri. Antaranya beliau pernah mencadangkan supaya dibunuh
sahaja tawanan perang Badar yang rata-ratanya merupakan ketua dan pemimpin
pihak musyrikin tetapi Rasulullah telah menerima cadagan Saidina Abu Bakr
yang mencadangkan supaya tahan-tahanan itu membayar tebusan. Tambahan pula
mereka merupakan kaum-kerabat sendiri. Lalu turunlah ayat Al-Quran surah
Al-Anfal :67 yang membenarkan cadagan Umar itu. Ini kerana terdapat
sahabat-sahabat yang berharapkan harta tebusan semata-mata dalam menyokong
cadangan Syaidina Abu Bakr.

Rasulullah penah bersabda " Hai Umar, kiranya ada nabi sesudahku, tentulah
engkau nabi itu ". Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w ada bersabda "
Syaitan sunguh takut kepadamu, hai Umar !".

Semasa pelantikan Khalifah Rasululllah , beliaulah yang mencadangakan
Saidina Abu Bakr sebagai Khalifah pertama walaupun pada mulanya Saidina Abu
Bakr mencadangakan Umar pada mulanya tetapi ditolak oleh Umar. Beliaulah
yang paling banyak membantu dalam bidang pentabiran khalifah pertama itu
sehingga ada keliru siapakah khalifah yang sebenar.

  Sebagai Saidina Abu Bakr, Saidina Umar juga merupakan bapa mertua Nabi
s.a.w sesudah puterinya Habsah binti Umar dikahwinkan dengan Nabi s.a.w.
Rasulullah sangat menyayanginya dan menghormati pandangan dan fuikiranya
dalam banyak masalah. Pernah Rasulullah s.a.w bersabda : " Umar beserta aku
dan aku beserta Umar, kebenaran sesudah aku berada di mana Umar berada".
Umar pernah membunuh seorang munafik yang bertengkar dengan seorang Yahudi
kerana orang munafik itu tidak menghormati pendapat nabi yang membenarkan
orang Yahudi itu.

Cinta Umar begitu mendalam tyerhadap Rasulullah sehingga beliau megancam
sesiapa akan membunuh sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat .
Tetapi beliau disedarkan oleh Saidina Abu Bakr tatkala mendengar firman
Allah yang dibaca olehnya.

Beliau menjadi wazir dizaman pemerintahan Khalifah pertama itu. Antara
saranan yang dibuat oleh Umar ialah agar mengambil inisiatif menghimpunkan
Al-Quran yang waktu itu tidak tersusun. Disebabkan sifatnya yang berani dan
tegas dalam menegakkan kebenaran, kesederhanaan hidupnya serta ketokohannya
beliau telah dicalonkan oleh Saidina Abu Bakr sebagai Khalifah kedua selepas
mendapat persetujuan ramai sahabat-sahabat.

Selepas berucap dihari perlantikannya, seoarang muslim telah berkata
kepadanya, " Wahai Umar, kiranya perjalananmu tidak lurus maka pendang
inilah yang akan kugunakan untuk meluruskannya kembali." Mendegarnya Umar
berkata, " Aku mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana adanya seorang
diantara rakyat Umar yang sanggup meluruskannya dengan pedangnya."
Sememangnya Umar seoarang adalah khalifah yang begitu adil sekali dalam
pemerintahannya yang selama 10 tahun itu. Apabila beliau memerintahkan
supaya dijalankan sesuatu pekara atau menegahnya, mula-mula sekali kepada
keluarganya disampaikan terlebih dahulu.

Abu Suffian yang telah menjadi sahabat rapat Rasulullah selepas keIslamnya
pernah ditegur oleh Umar kerana merampas hak seorang muslim yang lain.
Beliau tidak ingin mengambalikan hak itu memikirkan kedudukannya yang kaya
lagi bangsawan. Umar tampa ragu-ragu terus menghayunkan tongkatnya ke tubuh
Abu Suffian dan tidak dihentikan sehinggalah hak itu dikembalikan. Khalid
Al-Walid seorang panglima yang belum pernah kalah dalam peperangan telah
dipecat oleh Umar selepas membawanya ke majlis umum untuk dibicarakan kerana
ada di antara tindakannya yang tidak baik menurut pandangan Umar.

 
Rujukan :

1 . Fiqh Al-Harakah 1 & 2 - Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang

2 . Hayatus-Sahabah 1,2,3 dan 4 - Syeikh Myuhamad Yusuf Al- Kardahlawi.

3 . Tokoh-tokoh Islam dulu dan sekarang edisi 5 - H. Luqman Hakim

4 . Al - Quran , Tafsir Usmani - Allama Shabbir Ahmad Usmani.