Uthman Ibnu Affan

Saidina Uthman Ibnu Affan merupakan antara orang yang awal memeluk Islam.
Beliau datang dari puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya
terhadap Islam dan Rasulullah s.a.w iaitu puak Umaiyah. Beliau sangat
dicintai oleh Rasulullah s.a.w kerana kemulian dan kehalusan budi
perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut lagi permalu orangnya. Sebagai
memuji keluhuran budi perkertinya itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda "
Malaikat sangat malu kepada mu, hai Uthman ." Rasulullah s.a.w sendiri
mengenakan pakaian yang sewajarnya bila Uthman datang menziarahnya dan ini
tidak berlaku kepada sahabat-sahabat lain.

Saidina Uthman merupakan antara sahabat yang paling banyak mendermakan harta
untuk Islam selain daripada Saidina Abu Bakr, Abdul Rahman Auf dan ramai
lagi. Sememangnya Saidina Uthman baik sebelum memeluk Islam mahupun selepas
Islam merupakan seorang tokoh perniagaan yang paling kaya sekali. Beliau
juga merupakan antara sahabat Nabi s.a.w yang memerluk Islam dengan usaha
yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakr. Beliau digelar Zun-Nurain yang
bermaksud " Yang memiliki dua cahaya kerana Rasulullan telah mengawinkan dua
puteri baginda kepada Saidina Uthman iaitu Ruqayah dan Kalthum ". Ruqayah
meninggal dunia semasa tentera Islam sedang meraikan kemenangan dibadar,
lalu Saidina Uthman megahwini Kalthum selepas itu.

Tatkala isterinya yang keduanya itu meninggal dunia, Rasulullah s.a.w telah
bersabda kepadanya " Jika ada lagi anak perempuanku Uthman , telah aku ambil
engkau sebagi menantu". Dalam satu lagi riwayat adalah diceritakan bahawa
Rasulullah pernah bersabda " Saya memohon kepada tuhanku supaya tidak ada
seorang pun yang menjadi menantuku dan mertuaku dimasukan kedalam neraka".
Rasulullah s.a.w pernah juga bersabda " Tiap-tiap Nabi mempunyai teman dan
teman ku di dalam syurga adalah Uthman".

Saidina Uthman seorang yang sangat pemurah dan memang tiada bandingnya. Di
dalam satu peperangan Uthman telah menyediakan satu pertiga daripada
keperluan tentera Islam hingga mereka tidak memerlukan apa-apa lagi. Selepas
beliau berjanji untuk menyediakan 300 ekor Unta yang lengkap untuk
disedekahkan kepada orang Islam di Jaisyah Asarah, Rasulullah telah bersabda
" Sesungguhnya Uthman tidak akan dimudaratkan selepas ini ". Mengikut sebuah
lagi hadith, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda " Allah S.W.T
mengampunkan kamu ya Othman . apa-apa yang kamu sembunyikan ataupun kamu
zahirkan, dan apa-apa yang berlaku sehingga hari kiamat".

Saidina Uthman Ibnu Affan beserta Ruqayah telah berhijrah ke Habsyah semasa
tekanan orang musrikin Mekah bertambah terhadap orang Islam, tanpa sedikit
pun memikirkan perniagaan yang ditinggalkannya di sana. Kemudian beliau
kembali semula ke Mekah untuk sementara waktu sebelum berhijrah buat kali
kedua ke Madinah. Semasa di Madinah perniagaannya begitu berjaya tetapi
beliau tidak teragak agak untuk mengunakan kekayaannya itu untuk perjuangan
dan menyahud seruan jihad.

Beliau pernah membeli sebua telaga bernama Bir Ruma dari seorang Yahudi
untuk diberi minum pada kaun muslimin di saat penduduk Madinah mengalami
maslah kekurangan air. Untuk itu Nabi s.a.w pernah bersabda " Barang siapa
di antara kamu membeli sumur Ruma lalu dijadikannya wakaf untuk keperluan
kaum muslimin, serta dia menimba air dari sumur tersebut. Maka orang yang
berbuat demikian akan disediakan oleh Allah S.W.T tempat minum baginya Di
dalam syurga".

Di dalam satu peristiwa, tatkala Masjid Madinah menjadi sempit kerana
semakin banyaknya orang yang bersolat di dalamnya, maka Saidina Uthman r.a
telah membeli 5 buah rumah sederet berhampiran dengan masjid untuk di
rubuhkan dan didirikan bangunan tambahan yang baru untuk masjid itu.Beliau
juga merupakan penulis wahyu dan pernah menjadi utusan Rasulullah s.a.w
semasa jemaah haji Rasulullah s.a.w dihalang dari memasuki Mekah. Ketika
tersebarnya berita yang Saidina Uthman telah dibunuh semua sahabat berbai'ah
untuk menuntut bela kecuali seorang munafik. Walaubagaimanapun Saidina
Uthman muncul dalam keadaan selamat dan peristiwa ini berakhir dengan
perjanjian Hudaibiyah.

Saidina Uthman r.a memang terkenal dengan waraknya, kuat beribadat dan amat
taqwa kepada Allah S.W.T . Apabila membaca ayat suci Al-Quran perihal azab
api neraka, maka bercucuranlah air matanya. Beliau menunaikan Ibadat haji
setiap tahun dan berpuasa setiap hari kecuali hari-hari yang dilarang
berpuasa. Beliau sangat mengambil berat tentang keluarganya.

Semasa perang Dzi Ammar, Rasulullah s.a.w pernah menyerahakan urusan
pentadbiran di Madinah kepada beliau. Saidina Uthman r.a dilantik menjadi
khalifah ketiga sesudah Umar meninggal dunia di mana Umar telah melantik 6
oranng sahabat yang ditugaskan untuk mencari pengantinya. Saidiana Uthman
telah di cadangkan oleh Abdul Rahman Auf dan beliau menjadi khalifah ketika
berumur 70 tahun . Perwatakannya yang lemah-lembut amat berbeza dangan 2
Khalifah sebelum beliau yang begitu tegas dalam menangi masalah yang
dihadapi. Namun begitu, Empayar Islam masih bertambah luas dibawahnya dan di
sinilah keluasan maksimum telah dicapai dalam sejarah pemerintahan Islam.
Pada zaman ini bermulalah kemewhan hidupnya yang timbul dari hasil dari
penaklukan negeri-negeri baru seperti Andalusia, Cyprus, Qairwan, Turki dan
sebahagian dari China berada di bawah pemerintahannya.

Sebagaimana dua Kahlifah sebelumnya, beliau juga mengalakan umat Islam
keluar berjihad dan meyampaikan Risalah yang di bawa oleh Nabi s.a.w. Beliau
pernah berkata " Sehari Ribad ( menjaga Sempadan) adalah lebih baik daripada
1000 hari yang siangnya dikerjakan Ibadat puasa dan malamnya dipenuhi dengan
ibadat kepada Allah S.W.T ", sebagai mana yang didengarnya dari Nabi s.a.w.

Antara jasa yang telah beliau lakukan untuk umat Islam adalah Menjilidkan
Al-Quran yang telah dikumpulkan pada zaman khalifah Umar r.a. Pemerintahan
Khalifah Uthman banyak dipengaruhi oleh sanak saudaranya menyebabkan banyak
fitnah yang timbul. Kesempatan ini telah digunakan oleh Abdullah Bin Saba,
seorang Yahudi yang mengaku memeluk Islam untuk membangkitkan kemarahan
rakyat. Ini juga bertujuan untuk memecah-belahkan Umat Islam. Dia telah
berjaya mengasut Abu Dzar, shabat yang agak keras menyebabkan untuk
menentang khalifah, dan ini telah menyebabkan khalifah terpaksa
menghantarnya ke Raudah memandakan bahayanya pengaruh Abu Dzar pada masa
itu.

Banyak lagi orang Islam yang telah termakan hasutan Abdullah bin Saba,
termasuk penduduk Mesir, Khufah dan Basrah. Abdulallah bin Saba telah
mengemukan tuntutan kepada khalifah tetapi tuntutanya itu tidak ditunaikan
oleh khalifah sepenuhnya. Maka penentang-penentang ini telah mengambil
tindakan mengepung rumah kediaman khalifah Uthman. Selepas beberapa hari
mengepung, maka mereka telah berjaya masuk. Ketua pemberontak yang bernama
Al-Ghiffari telah memukul Khalifah diikuti dengan tetakan pedang tetapi
telah di halah oleh isteri Khalifah Uthman yang bernama Naelah menyebabkan
jarinya terputus. Maka berakhirlah pemerintahan Khalifah Uthman Ibnu Affan
selama 11 tahun dan bermulalah babak-babak dukacita di dalam lembaran
sejarah Islam.

 


------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------


Rujukan :-

1 . Fiqh Al-Harakah 1 & 2 - Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang

2 . Hayatus-Sahabah 1,2,3 dan 4 - Syeikh Myuhamad Yusuf Al- Kardahlawi.

3 . Tokoh-tokoh Islam dulu dan sekarang edisi 5 - H. Luqman Hakim

4 . Al - Quran , Tafsir Usmani - Allama Shabbir Ahmad Usmani.