Ali Abi Talib

Saidina Ali Abi Talib merupakan seorang tokoh besar yang juga sepupu kepada
Nabi s.a.w. Beliau merupakan lelaki yang pertama memeluk Islam semasa
berumur 8 tahun. Beliau dilahirkan di dalam Kaa'bah. Beliau mendapat gelaran
"Karramallahuwajhah" yang bermakna " yang dimuliakan wajahnya oleh Allah
S.W.T " kerana beliau tidak penah menyembah berhala.

Saidina Ali merupakan antara sahabat yang paling dicintai oleh Rasulullah
s.a.w. Beliau ialah seorang manusia yang luar biasa yang mempunyai Ilmu
bagaikan lautan. Rasulullah pernah bersabda " Saya adalah kota Ilmu dan Ali
adalah pintunya ". dan didalam hadith lain ada Rasulullah bersabda " Jika
kamu ingin melihat pengetahuan Nabi Adam, kesusahan fikiran Nuh, sifat-sifat
Ibrahim, Ibadat dan doanya Musa, umur Isa dan suluh Ilmunya Muhammad,
lihatlah kepada orang yang datang ini " sambil menunjukan kepada Saidina Ali
r.a.

Semasa Rasulullah mengadakan jamuan untuk menda'wahkan keluarganya
sebagaimana yang diperintahlkan oleh Allah S.W.T, Pada masa jamuan itu
Rasulullah telah bertanya kepada mereka siapakan yang akan menolognya. semua
hadirin marah dan bergerak untuk pulang.( Jamuan pertama gagal kerana Abu
Jahal telah menyuruh mereka semua hadirin balik sebelum sempat memberitahu
apa-apa kepada mereka). Lalu bangunlah Ali yang masih kecil itu dan berkata
" Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang memerangimu (Nabi s.a.w)". lalu
disambut oleh hadirin dengan gelak ketawa.

Saidina Ali r.a telah diperihara oleh Rasulullah s.a.w sejak dari kecil lagi
kerana kemiskinan bapanya Abu Talib yang juga bapa saudara Nabi s.a.w yang
begitu banyak memberikan sokongan kepada Nabi s.a.w semasa hayatnya.
Saidiana Ali r.a banyak mengikut tabiat Rasulullah s.a.w dan memperolehi
asuhan secara langsong daripada baginda. Rasulullah juga telah mengawinkan
puterinya yang paling disayanginya Fatimah Az-Zahra kepada Saidina Ali.
Sebelum itu Fatimah pernah dilamar oleh Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar
tetapi ditolak oleh Rasulullah dengan lemah-lembut dan cara bijaksana. Dari
perkahwinan keduanya lahirlah dua cucuda Nabi s.a.w yang begitu disayanginya
iaitu Hassan dan Hussain.

Saidina Ali lah yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w untuk tidur ditempat
baginda dimalam Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bersama Saidiana Abu
Bakr : satu tugas yang begitu bahaya sekali, namun Saidina Ali meredhainya
kerana itulah peluang untuk beliau menyerahakn nyawanya demi menebus seorang
Rasul.

Semasa mempersaudarakan puak Muhajirin dan Ansar di Madinah Rasulullah telah
mempersaudarakan diri baginda dengan Ali r.a . Dengan sabda baginda " Inilah
saudaraku ". Keakraban Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali begitu ketara
sekali. dalam perang Badar Rasulullah telah menunggang unta bergilir-gilir
bersama Saidina Ali r.a dan Al-Mursyid Abi Al-Mursyid. Saidina Ali juga
telah disuruh oleh Rasulullah untuk menulis Perjanjian Hudaibiyah yang
banyak mendatangakn keuntungan kepada umat Islam selepas itu. Kefasihan
lidahnya yang tiada bandingan menyebabkan dia terkenal sebagi seorang
pemidato dan ahli sastera yang handal. Ibnu Abbas pernah meletakan Ali r.a
sebagai tokoh yang paling baik berucap selepas Rasulullah dan para Nabi.
Antara Ucapannya yang mahsyur ialah :-


" Sesunguhnya barang siapa yang meninggalkan jihad dijalan Allah dan
menzahirkan penentangannya yang selama ini disembuyikan, maka dia berada di
pinggir kemusnahan mealikan jika Allah S.W.T mengurniakan padanya dengan
nikmatnya ; maka takutilah Allah S.W.T dan perangilah orang yang berusha
memamadamkan cahaya agama Allah S.W.T, orang yang tersilap, yang sesat dan
orang -orang zalim yang melakukan kejahatan iaitu orang yang tidak membaca
Al-Quran dan tida juga mereka itu orang yang faham akan agamanya serta tidak
pula alim ulama' mengetahui tentang Takwil."


Dalam stau lagi keadaa beliau telah menyebut :-

" Bersedialah kamu berangkat menghadapi musuh. sesungguhnya jihad adalah
wasilah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan jalan untuk memperolehi
keredhaannya, ke atas mereka yang kehairanan terhadap hak(agama), tidak
mengetahui mengenai Al-Kitab ( Al-Quran) yang mengubah-gubah agama, mereka
yang buta di dalam perbuatan yang melampaui batas dan terkambus di dalam
kesesatan. Maka bersiap-sedialah dengan tentera berkuda setakat yang kamu
mampu untuk menjaga sempadan negeri dan bertawakallah kepada Allah S.W.T dan
memadailah Allah sebagai wakil dan perlindung "

Satu lagi ucapan yang menarik :

" Wahai hamba Allah !. Apakah yang terjadi kepadamu apabila aku
memerintahkan kamu supaya keluar berjihad, kamu merasa berat sekali ?.
Adakah kamu suka dengan kehidupan dunia dari kehidupan Akhirat ?. Adakah
kamu suka kehinaan dari kemulian ? Setiap kali aku menyeru kamu supaya
keluar berjihat, kamu seperti kahairanan seolah-olah kamu berada dalam
Sakratul-maut. Tidaklah kamu dari golongan yang kurang akal dan sesunguhnya
kamu adalah orang-orang yang berakal. Penglihatan kamu kabur akibat
kegelapan lalu kamu tidak melihat. Kamu adalah milik Allah ! kamu tidak lain
melainkan singga-singga yang sedang berehat , musang-musang licik ketika
diseru kepada kegitiran. kamu bagiku tidak mempunyai ketegasan untuk
selama-lamanya. Kamu bukan tunggangan untuk sampai kesuatu tempat, bukan
juga tempat untuk berlindung. Maka demi Allah! Alangkah malangnya. api
peperangan yang dinyalak seperti kamu. Sesungunya kamu ditipu bukanya kamu
yang menipu".


Saidina Ali adalah merupakan pahlawan yang terkenal dengan gagah dan berani.
Syaidina Ali tidak pernah ketingalan dalam mana-mana peperangan yang
disertai oleh Rasulullah s.a.w. Beliau terkenal dengan pedang nya yang
dinamakan " Zulfiqar ". Dalam perang Badar semasa itu Saidina Ali berusia
lingkungan 20an, Rasulullah s.a.w telah menyerahkan panji-panji peperangan
kepada Saidina Ali dan beliau telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang
sekali.Walaubagaimana pun Saidina Ali telah tercedera dibahagian perut dan
dirawat sendiri oleh Nabi s.a.w. Dalam perang Ahzab Rasulullah s.a.w telah
meminjamkan pedangnya kepada Saidina Ali dan ber doa untuk Ali semasa beliau
melawan Amru bin Abdi wid yang terkenal gagah perkasa.

Dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w telah bersabda " Demi sesungunya
di esok hari aku akan memberikan bendera/panji kepada seorang lelaki yang
kasihkan Allah dan Rasulnya dan dikasihi Allah dan Rasulnya". Sekelian
panglima pasukan mengharapkan untuk menjadi orang yang bertuah itu. Keesokan
harinya Rasulullah s.a.w telah mencari Ali tetapi diberitahu yang Ali sakit
mata, lalu Nabi s.a.w telah memangil Ali dan menyembuhkan sakit itu dalm
sekelip mata dam memberikan bendera itu kepada Ali. Dengan keizinan Allah
musuh telah dapat dikalahkan oleh tentera Islam dibawah pinpinan beliau.

Rasulullah selalu memberikan tugas yang pengting kepada Saidina Ali. Penah
Rasulullah s.a.w mengutuskan Khlid Al-walid ke negeri Yaman untuk
melaksanakan tugas sebagai pemerintah dan mubaligh Islam. Tetapi selepas 6
bulan beliau tidak berjaya dalam misia tersebut, lalu Rasulullah telah
mengahantar Saidiana Ali mengantikan Khalid. Apabila mereka mendengar Ali
yang terkenal dengan gelaran " Harimau Padang Pasir " itu diutuskan
bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saidina Ali dapat melakukan
sembahyang subuh bersama-sama mereka. Selepas membaca surat dakwah dihadapan
pada hadirin seluruh pendudukdan kaum Hamdan memeluk Islam pada hari itu.
Bila Nabi s.a.w menerima berita itu, baginda segera sujud menyembah Allah
menandakan syukurnya.

Selaku pemerintah dan mubaligh Islam disana, Saidina Ali juga diperintahkan
supaya menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Merasakan dirinya kurang arif
dalam bidang itu beliau dengan jujurnya beterus-terang kepada Nabi s.a.w.
Apabila Nabi telah mendengar pengakuan ikhlas dari Saidina Ali , baginda
telah meletakan tangan baginda ke dada Saidina Ali dan berdoa " Ya Allah,
bukalah dada Ali untuk menerima ilmi dan lapangkanlah ucapannya dalam soal
pengadilan", berkat doa itu Saidina Ali telah menjadi seorang hakim yang
bijak lagi adil hukumanya. Bahkan Saidina Umar selalu bertanya kepada
Saidina Ali sebelum memutuskan sesuatu keputusan.

Saidina Ali juga banyak mengorbankan hartannya untuk perjuangan islam.
Beliau pernah mengikat perutnya dengan batu akibat ketiadaan makanan.
Kehidupan Saidina Ali dan Fatimah begitu sederhana sekali sehinggakan dia
pernah menyuruh isterinya Fatimah meminta seorang hamba dari Nabi s.a.w
kerana kesihan melihat Fatimah bekerja keras hingga luka tangannya.

Saidina Ali adalah Khlifah yang keempat. Beliau adalah seorang Khalifah yang
adil dan berani dalam menegakan kebenaran. Saidina Ali pernah berkata " Demi
Allah jika aku mengetahui bahawa dalam agama ini dibenarkan mendiamkan apa
yang dilarang oleh Allah pasti sekali aku melakukanya dan ia adalah satu
tanggungjawab yang paling hina bagiku. Akan tetapi Allah tidak reda dengan
ahli Al-Quran yang berdiam diri terhadap kemungkaran, sekiranya ada yang
bermaksiat kepada Allah dan mereka berkemampuan untuk menghalang dan
berjihad hingga Allah memenangkan agamanya".

Antara keadilan yang telah ditunjukan oleh Saidian Ali ialah beliau telah
membahagikan harta rampasan perang dari Asbahan kepada tujuh bahagian
termasuk sekeping roti untuk dibahagikan kepada tijuh kumpulan. Beliau juga
tidak membunuh musuhnya dalam keadaan marah melainkan kerana Allah
semata-mata. Penah belaku semasa beliau menjadi Khalifah,baju besi beliau
telah hilang. Kemudian beliau telah ternampak seorang Yahudi memiliki baju
besinya itu, lalu beliau telah membawa orang tersebut untuk dibicarakan
dimahkamah. Bila ditanya oleh hakim samada beliau mempunyai bukti yang baju
besi itu adalah miliknya, beliau mengatakan tidak dan menerima keputusan
yang beliau tidak berhak keatas baju besi itu tanpa bukti yang cukup.
Melihat keikhlasan Saidiana Ali menerima keputusan Hakim. lalu Yahudi itu
pun mengaku bahawa dia telah mengambil baju itu semasa ianya terjatuh dari
kuda Saidina Ali dan tatkala itu juga dia memeluk Islam. Saidina Ali lalu
menghadiahkan baju itu kepada orang tersebut dan wang sebanyak 700 dirham.

Semasa belalu pembunuhan Saidina Uthman beliau telah difitnah telibat
walaupun beliau sedikitpun tidak bertangungjawab dalam pekara tersebut.
Malah beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap Saidina Uthman.
Ketika rumah Saidina Uthman dikepung beliau telah menghantar anaknya Hasan
supaya menjaga keselamatan khalifah tetapi ditolak oleh Saidina Uthman.
selepas mendegar Saidina Uthman telah dibunuh beliau tealh memukul anaknya
kerana tidak mendengar arahanya itu.

Semasa dilantik menjadi Khalifah sebahagian besar para sahabat yang utama
sudah berada diberbagai kota diseluruh wilayah Islam menyebabkan sebilangan
kecil sahaja yang tinggal di Madinah. Beliau cuba membawa garis politik yang
pernah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar
r.a , tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh berubah disebabkan
perkembangan ekonomi dan pembangunan akibat perluasan empayar Islam.
Percubaannya untuk mengembalikan sistem pemerintahan itu telah mengahdapi
berbagai tentangan yang besar dari pihak-pihak yang bersimpati dengan
Saidina Uthman lalu berlakulah pertumpahan darah diantara umat Islam yang
akhirnya mengakibatkan Saidina Ali telah mati dibunuh oleh pengikut golongan
Khawarij.

Saidina Ali adalah seorang yang terkenal dalam dunia Tasawuf dan Takrika
sebagai wali Allah yang selalu dipuji-puji oleh orang-orang sufi kerana
mutiara hikmatnya yang begitu mendalam maksudnya.

 
 

Rujukan :-

1 . Fiqh Al-Harakah 1 & 2 - Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang

2 . Hayatus-Sahabah 1,2,3 dan 4 - Syeikh Myuhamad Yusuf Al- Kardahlawi.

3 . Tokoh-tokoh Islam dulu dan sekarang edisi 5 - H. Luqman Hakim

4 . Al - Quran , Tafsir Usmani - Allama Shabbir Ahmad Usmani.