Abu Bakr as shiddiq r.a

Saidina Abu Bakr atau nama sebenarnya Abdullah bin Quhaffah merupakan
sahabat Nabi s.a.w yang paling rapat dan paling disayangi. Ini bersesuaian
dengan sabda Nabi s.a.w " Perempuan yang paling ku cintai adalah Aisyah r.a
manakala lelaki yang paling kucintai adalah bapanya". Keperibadianya yang
begitu mulia, ditambah dengan kemurahan hati serta kebijaksanaanya
menyebabkan beliau telah dicalunkan sebagai Khalifah pertama selepas
kewafatan junjugan besar Rasulullah s.a.w.

Beliau merupakan seorang tokoh perniagaan yang kaya dan datang dari keluarga
bangsawan yang dihormati oleh masyarakat Arab Quraisy. Beliau dari segi umur
adalah dua tahun lebih muda daripada Nabi s.a.w . Beliau tidak pernah minum
arak. Pengorbanannya yang begitu besar begitu dihargai oleh Rasulullah s.a.w
dengan sabdanya " Islam tertegak diatas harta Khadijah r.a dan pengorbanan
Saidina Abu bakr r.a".

Beliau merupakan orang ketiga memerluk Islam selepas Saidina Ali
Karramallahuwajhah dan Zaid bin Harithah, hamba kepunyaan Nabi pada masa
itu. Selepas keislamanya, dia terus berda'wah dan dapat mengislamkan
beberapa orang sahabat yang agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin
Affan, Abdul Rahman Auf, Zubir AiAwwam Saad bin Waqqas dan ramai lagi.
Semasa beliau membeli Bilal Bin Rabah yang telah diseksa oleh tuannya
,beliau telah ditanya mengapa beliau membeli bilal yang sudah tidak dapat
bekerja berat akibat seksaan itu. Beliau menyawab " aku membeli jiwanya ".
yakni keteguhan Bilal mempertahankan keEsaan Allah. Perbagai cabaran gentir
dan siksaan yang pernah beliau hadapi dalam menegakkan agama Allah. Beliau
pernah dipukul dan dipijak sehingga dapat dikenali cuma melali
hidungnya,kerana teruknya luka yang dialaminya. Tentang keimanannya yang
begitu mantap, pernah Rasulullah s.a.w bersabda " Jika ditimbang iman
Saidina Abu Bakr dengan sekelian ummat, nescaya berat lagi iman Saidina Abu
Bakr" .

Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang senantiasa
membenarkan kata Nabi s.a.w . Mengenai gelaran ini pernah ada ulama' yang
mentafsirkannya dengan bermaksud " Mempercayai Allah dan Rasulnya dengan
berpegang pada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan sifat-sifat kemulian
Rasulnya mengatasi akal fikiran semata-mata ". Pernah Nabi s.a.w bersabda "
Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr
lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membela ku ". Antara
peristiwa dan pengiktirafan oleh sahabat yang membenarkan gelaran ini :-


1.Semasa peristiwa Isra' dan mi'raj di mana peristiwa yang luar biasa ini
tidak dipercayai oleh seluruh masyarakat jahiliyah dan mereka telah datang
menemui saidina Abu Bakr. Tetapi Saidina Abu Bakr telah berkata " sekiranya
Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu
lagipun aku mempercayai ". 2.Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Tidaklah aku
menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan
melewatkannya kecuali Saidina Abu Bakr". 3.Saidina Umar r.a bertanya pada
Saidina Abu Bakr selepas termetrinya perjanjian Hudaibiyah " Wahai Abu Bakr
bukankah dia Rasulullah ?. Abu Bakr menjawab " Ya " . Umar r.a bertanya lagi
" Bukankah kita ini orang-orang Islam ?. " Ya " , jawab Abu Bakr. Lalu umar
bertanya lagi " Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini ?.
Bila ditanya oleh Saidina Umar soalan yang sama maka Rasulullah bersabda "
Aku ini hamba Allah dan rasulnya ; aku tidak akan sekali-kali menyalahi
perintahnya dan aku tidak sekali-kali dipersia-siakan" . Pada masa ini
kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah di mana
mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji pada tahun itu,sehingga
mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah disuruh oleh Nabi
sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan sayang pada Rasulullah . Lalu
Rasulullah menerima cadangan yang bernas daripada Ummu Mu'minin, Ummu
salamah supaya Rasulullah meneruskan sahaja penyembelihan itu seolah-olah
wahyu dari Allah dan ini telah dikuti oleh para sahabat. 4.Aqalah bin Mu'it
la'natullah pernah menjerut leher Rasulullah SAW tetapi telah dilihat oleh
Saidina Abu Bakar yang segera menghalangnya lalu berkata, "Adakah kamu mahu
membunuh seorang yang berkata Tuhanku adalah Allah?". 5.Saidina Abu Bakar
juga telah meneruskan tindakan Rasulullah SAW sebelum kewafatannya
menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar berperang walaupun tidak
dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya tindakan untuk mengatasi
gejala murtad selepas kewafatan Nabi SAW kerana terdapat orang Islam yang
tidak ingin membayar zakat atau membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu
Bakar telah melantik Khalid Aw-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi
orang-orang yang murtad ini. 6.Saidina Umar pernah berkata " Sesungguhnya di
dalam syurga Admin terdapat sebuah mahligai . Ia mempunyai 500 pintu. Setiap
pintu ada 5000 bidadari : tidak akan masuk kedalamnya melainkan Nabi-nabi
sambil menoleh ke arah maqam Nabi s.a.w atau orang-orang yang benar, sambil
memandang ke arah maqam Saidina Abu Bakr, atau orang yang syahid sambil
menunjuk ke arah dirinya dengan mengaharapkan dia memperolehi syahid".
7.saidina Uthman Affan pernah mengatakan bahawa Saidina Abu Bakr layak
mengantikan nabi s.a.w kerana dia As-Siddiq dan menjadi Imam solat sewaktu
Rasulullah s.a.w uzur.

Saidina Abu Bakr telah diberi penghormatan untuk menemani Nabi s.a.w untuk
berhijrah,beliau begitu gembira sekali mendengarnya sehinggakan Syaidatina
Aisyah r.a mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat bapanya begitu
gembira sekali melaikan pada hari itu. Dalam keadaan yang penuh gelisah di
gua Thur , Allah telah menurunkan ayatnya menceritakan peristiwa ini didalam
surah at-Taubah. saidina Abu Bakr telah berkata " Yang saya bimbangkan
bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh yang tewas hanyalah
seorang manusia biasa. Tapi andaikata Tuan sendiri dapat dibunuh, maka
hancurlah satu cita-cita yang murni. yang akan runtuh ialah keadilan dan
yang akan tertegak adalah kezaliman" . Begitulah cintanya saidina Abu Bakr
kepada Rasulellah s.a.w. saidina Abu Bakr begitu sedih mendegar munajat Nabi
s.a.w semasa perang Badar yang begitu mengharapkan kemenagan keatas tentera
Islam lalu Beliau berkata " cukuplah Ya Rasulullah".

Semasa dalam satu khutbah Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa kepada
seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran
yang disediakan oleh Allah ; dan hamba tersebut tidak akan memilih dunia
melaikan memilih apa yang di sisi Allah. Mendengarnya, menangislah
tersedu-sedu saidina Abu Bakr kerana beliau faham akan maksud khutbah itu,
yakni umur Rasulullah di dunia sudah hampir berakhir.

Saidina Ali penah mengatakan bahawa saidina abu Bakrlah sahabat Nabi s.a.w
yang paling berani kerana sangup melindungi Nabi s.a.w untuk menghadapi
perang Badar di saat para sahabat yang lain berdiam diri bila Nabi s.a.w
mengacukan soalan itu. saidina Abu Bakr telah menyertai hampir semua Ghazwah
yang disertai oleh nabi s.a.w. Beliau juga merupakan sahabat yang paling
banyak mengeluarkan hartanya untuk Islam. Sewaktu perang Tabuk beliau telah
membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh
Rasulullah "apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu "lalu beliau
menjawab, "Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya ". saidina Umar
pernah berkata " Tidak kami berlumba-lumba dalam membuat kebaikan melaikan
dia saidina Abu Bakr pasti akan mendahuluiku".

Saidina Umar juga pernah berkata " Suatu malam dan satu hari saidina Abu
Bakr lebih baik daripada Umar dan keluarganya". Satu malam semasa Hijrah
bersama Nabi s.a.w manakala satu hari adalah di hari kewafatan Rasulullah
s.a.w diaman saidina Abu Bakr dengan tenang tetapi tegas mengahadapi saat
getir itu, ditambah dengan gejala murtad yang melandai sebahagian umat Islam
pada masa itu. Beliau berkata " Wahai kaum muslimin, barangsiapa yang
menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati, Tetapi barang siapa menyembah
Allah,maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati" seraya menyambung lagi
dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran :144


" Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti Rasul-rasul yang
terdahulu darinya, Jika ia mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur
kebelakang. Sesiapa yang surut kebelakang , dia tidak membahayai Allah
sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang
yang bersyukur."

Ali-Imran 144.

( Ayat ini turun semasa perang Uhud di mana tersebar fitnah bahawa
Rasulullah telah terbunuh. menyebabkan tentera Islam hampir putus asa).


Setelah dialantik menjadi Khaifah Rasulullah ( atas cadangan saidina Umar
r.a dengan dipersetujui oleh sahabat) beliau telah memberi satu ucapan yang
mahsyur, antaranya : " Wahai sekelian umat ! aku telah dipilih menjadi
peminpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik diantara kamu.
Sebab itu jika pemerintahan ku baik, maka sokonglah ; tetapi jika ianya
tidak baik perbaikilah. orang yang lemah diantara kamu adalah kuat disisiku
hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat
diantara kamu adalah lemah disisiku hingga aku harus mengambil hak orang
lain padanya untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah aku
selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku menderhakai
Allah, maka kamu sekelian tidak harus lagi patuh kepada ku".

Saidina Abu Bakr hidup seperti rakyat biasa dan tidak suka didewa-dewakan.
Pernah orang memangilnya" ya Khalifah Allah" lalu dijawabnya " Saya bukan
Khalifah Allah, saya hanyalah Khalifah Rasulnya"Sehari selepas dilantik,
saidina Abu Bakr telah pergi kepasar dengan membawa barang perniagaannya,
lalu ditegur oleh Abu Ubaidah Ibnu Jarrah, " Urusan Khalifah tidak boleh
dicampuru dengan perniagaan". Lalu Khalifah bertanya "Habis,apa yang harus
saya berikan pada keluarga saya?". Semenjak hari itu Kahlifah mendapat
peruntukan wang daripada Baitul-mal dan saidina Abu Bakr pun menghentikan
perniagaannya untuk menumpukan kerja sebagaiseorang Khalifah. Namun tidak
berapa lama sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah mengembalikan
semula wang Baitul-mal kerana berpendapat bahawa tenaga yang dicurahkanya
tidak sepadan dengan duit Baitu-mal yang diperolehi itu dengan sebab-sebab
keuzurannya.

Saidina Abu Bakr mengalakan sahabat-sahabat keluar berjihat, dengan
menyebarkan ajaran Islam ke tempat-tempat baru. Beliau mengarahkan wakilnya
menawarkan tiga pekara kepada pemerintah disitu, iaitu samaada memilih
Islam, tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar Jizyah( sekiranya
tidak mahu menganut Islam ) atau perang ( sekiranya menulak kedua-dua
pilihan yang diberi itu). Di zaman Khalifah Umar r.a beliau yang lebih keras
memberi tempuh selama tiga hari untuk memilih sama ada Islam ataupun
berperang.

Sebelum meninggal dunia, selepas hampir dua setengah tahun menjadi Khalifah
beliau telah berpesan kepada saidina Umar : "Janganlah hendaknya sesuatu
bencana walau bagaimana besar pun dapat melupakan kamu dari urusan agama dan
wasiat Allah. Engkau telah melihat apa yang aku lakukan tatkala Rasulullah
wafat, sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum penah
manuasia ditimpa bencana sebesar itu. Demi Allah, andaikata diwaktu itu aku
melalaikan perintah Allah dan Rasulnya , tentu kita telah jatuh dan mendapat
siksaan Allah, dan pasti pula Kota Madinah itu telah menjadi lautan api ".

Saidiana Abu Bakr meninggal dunia ketika berumur 63 tahun dengan menyediakan
tiang-tiang pokok dari kekuatan Islam yang memudahkan lagi kerja-kerja
penyebaran da'wah oleh Khalifah seterusnya iaitu Khalifah Umar Al-Khattab,
yang mana sebahagian Syam dan Iraq telah berada dibawah pemerintahan Islam
ketika hayat beliau.

 
Rujukan :-

1 . Fiqh Al-Harakah 1 & 2 - Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang

2 . Hayatus-Sahabah 1,2,3 dan 4 - Syeikh Myuhamad Yusuf Al- Kardahlawi.

3 . Tokoh-tokoh Islam dulu dan sekarang edisi 5 - H. Luqman Hakim

4 . Al - Quran , Tafsir Usmani - Allama Shabbir Ahmad Usmani.